Tuesday, 25 June 2013

Kepentingan Sumber Air

Air merupakan satu sumber yang penting dalam kehidupan kita. Adalah menjadi tugas dan tangungjawab pengguna untuk menjimatkan air. Kita sememangnya berhak untuk mendapatkan bekalan air yang terjamin keselamatannya serta mengguna sebanyak mana yang kita ingini berdasarkan harga yang telah dibayar. 
      Seperti yang kita sedia maklum, hampir 3/4 daripada permukaan bumi adalah kawasan berair. Begitu juga dengan tubuhmanusia di mana70% daripada komposisi tubuh manusia adalah air.
       Kajian menunjukkan bahawa manusia boleh hidup lebih seminggu tanpa makanan tetapi hanya beberapa hari tanpa air. Ini mengambarkan betapa pentingnya air dalam kehidupan kita.
     Negara kita juga mengalami beberapa krisis bekalan air yang serius.  Antaranya krisis air pada tahun 1998 di Lembah Kelang di mana kira-kira 600,000 penduduk Selangor dan Kuala Lumpur telah terjejas.
    Sebagai pengguna kita haruslah mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa ini dengan menyediakan satu pelan tindakan agar krisis seperti ini dapat dielakkan daripada berulang atau setidak-tidaknya mengurangkan impaknya.   SAMBUNG.....

Tuesday, 29 January 2013

INFO BIJI-BIJIAN

1. Biji bunga matahariKwaci yang biasanya dari biji bunga matahari kaya akan vitamin E yang dapat membantu fungsi sistem peredaran darah agar bekerja lebih baik. Ini juga memiliki efek menenangkan otak Anda kerana mengandung triptofan yang tinggi yang menciptakan efek relaksasi. 

2. Biji labu Biji ini memiliki sifat yang membantu meringankan peradangan tanpa kesan sampingan. Ini memiliki sifat yang mengurangi depresi tanpa kesan sampingan yang disebabkan oleh ubat-ubatan.


4. Biji semangka 
Biji ini tidak akan dimakan bersama dengan buah. Faktanya, biji semangka yang dikeringkan di bawah sinar matahari sangat popular. Mengandung zat besi, kalium, vitamin, lemak, dan kalori yang penting untuk nutrisi sehari-hari. Biji semangka harus dikunyah sebelum menelan jika Anda ingin kandungan zat gizinya.

4. Biji wijen
Biji wijen dianggap makanan yang paling kaya mineral di dunia. Ia kaya kalsium, magnesium, tembaga, besi, seng mangan, vitamin, dan serat. Biji wijen juga kaya anti-kancer lignin. Menggiling biji wijen dan mencampurnya dengan salad dan sayuran agar memastikan makanan menjadi sihat.