Tuesday, 25 June 2013

Kepentingan Sumber Air

Air merupakan satu sumber yang penting dalam kehidupan kita. Adalah menjadi tugas dan tangungjawab pengguna untuk menjimatkan air. Kita sememangnya berhak untuk mendapatkan bekalan air yang terjamin keselamatannya serta mengguna sebanyak mana yang kita ingini berdasarkan harga yang telah dibayar. 
      Seperti yang kita sedia maklum, hampir 3/4 daripada permukaan bumi adalah kawasan berair. Begitu juga dengan tubuhmanusia di mana70% daripada komposisi tubuh manusia adalah air.
       Kajian menunjukkan bahawa manusia boleh hidup lebih seminggu tanpa makanan tetapi hanya beberapa hari tanpa air. Ini mengambarkan betapa pentingnya air dalam kehidupan kita.
     Negara kita juga mengalami beberapa krisis bekalan air yang serius.  Antaranya krisis air pada tahun 1998 di Lembah Kelang di mana kira-kira 600,000 penduduk Selangor dan Kuala Lumpur telah terjejas.
    Sebagai pengguna kita haruslah mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa ini dengan menyediakan satu pelan tindakan agar krisis seperti ini dapat dielakkan daripada berulang atau setidak-tidaknya mengurangkan impaknya.   SAMBUNG.....