Didik Hati Merendah Diri
Setiap orang mempunyai ego
dan ia penting untuk mengenali diri serta potensi sebenar bagi member keyakinan
apabila berhadapan dengan sesuatu perkara.
Namun, perasaan ego harus dibatasi dengan
fikiran waras bagi mengelakkan timbulnya masalah besar yang membelenggu
kehidupan diri sendiri mahupun keluarga.
Ini kerana akal mamapu menundukkan
perasaan ego malah ia juga boleh dikawal sebaik mungkin untuk digunakan dalam
pelbagai perkara yang dapat member kebaikan kepada kehidupan.
Menurut ketua Pegawai Eksekutif AL
Advancement of Human Potential Sdn Bhd, Marzuki Mohamed, sebaiknya memahami
situasi yang dialami berdasarkan sudut atau pengalaman dimiliki membantu
mengawal ego daripada disalahgunakan ke jalan yang salah.
“Pengalaman diri sendiri dapat memberi perspektif berbeza dan
keputusan yang dibuat berdasarkan akal itu tidak bererti salah.
“Disebabkan
itu, pengalaman yang ditimba harus digunakan sebaik mungkin bagi mengelakkan
pergaduhan, pertengkaran atau saling salah menyalahi.
“Apabila kita mempunyai banyak pengalaman,
pastinya corak pemikiran dan lontaran idea berbeza daripada orang lain namun
tidak bermakna pandangan pihak lain itu salah,” katanya mengenai cara mengatasi
ego.
Pengalaman yang ditimba boleh membantu
seseorang berfikir secara lebih rasional khususnya dalam hal yang membabitkan
perhubungan.
Pun begitu, kita tidak boleh menolak
hakikat bahawa setiap orang mempunyai pandangan tersendiri dalam satu-satu hal
dan di sinilah kita perlu melapangkan dada dan fikiran menimbangkan semua
pendapat; kerana tanpa sedar mungkin ada yang lebih bernas daripada pemikiran
kita.
“Ramai beranggapan perasaan ego itu
disebabkan jawatan atau pendidikan tinggi tetapi sebenarnya semua manusia tidak
kira lelaki mahupun wanita memilikinya. Perbezaaannya kebolehan seseorang itu
mengawal perasaan ini.
“jangan kerana ego, kita bertelagah kerana
semua pihak mahu menegakkan pendapat masing-masing. Perkara ini hanya akan
merugikan kita kerana tanpa kata sepakat, kita tidak akan menemui penyelesaian
satu-satu masalah,” ujarnya.
Marzuki berkata, ego boleh
terjadi dalam dua keadaan iaitu:
i.
Tidak
mahu menerima tunjk ajar daripada orang lain kerana merasakan dirinya lebih
baik.
ii.
Apabila
ada yang memberi tunjuk ajar tetapi tetap tidak mahu menerima teguran walaupun
tahu sudah melakukan kesilapan dan orang seperti ini dianggap ‘bodoh sombong’.
Sama juga di dalam rumah tangga,
suami yang menjadi ketua dalam keluarga yang mahu menerima teguran isteri atau
anak walaupun untuk kebaikan bersama.
“Di sini penting untuk
setiap orang belajar teknik berfikir yang betul supaya tidak bertindak mengikut
perasaan tanpa memikirkan kesan yang akan diterima kepada diri sendiri dan
orang lain.
“sepatutnya Tanya pada diri
sendiri apakah hasil atau kesan yang diperoleh terhadap tindakan yang
dilakukan. Mendekati mereka yang mempunyai ego tinggi ini perlu mengikut cara
sesuai.
“jamgan sekali-kali
menggunakan kata-kata yang kasar atau bercakap dengan tidak sopan apatah lagi
melakukan perbuatan buruk disebabkan perasaan tidak puas hati,” nasihatnya.
Jelasnya, cuba dekati
mereka dengan carabaik atau lemah lembut dan menerima hakikat kedua-dua pihak
adalah benar atau salah.
Sebelum mengambil sebarang
tindakan, fikirkan mengenai hubungan yang sudah terjalin tidak kira ia berlaku
antara suami dan isteri, anak, ibu bapa, majikan atau pekerja.
Selain itu, perasaan atau
pandangan perlu diteliti sebaik mungkin sebelum dilontarkan bagi mengelakkan
hubungan tergugat.
Tegasnya, masalah berkaitan
perasaan ego tidak akan timbul jika seseorang itu menghormati antara satu sama
lain tanpa mengira masa, keadaan dan kedudukan.
Walaupun peranan ego
penting namun ia harus dikawal atau ditundukkan dengan kewarasan akal fikiran
supaya kita sedar kesan buruk yang aka dihadapi.
Metro 16/12/2012