Sunday, 16 December 2012

Cara Mengurangkan Rasa Ego


Cara Mengurangkan Rasa Ego:
*      Sedar untuk menerima hakikat mengenai pandangan atau diri sendiri yang tidak sempura. Cuba buka hati mendengar pendapat daripada orang lain yang berbeza. Melalui cara begini, ia sebagai salah satu teknik memperkayakan diri sendiri menggunakan pandangan orang lain bagi mengetahui perkara sebenar.

*      Menggunakan kaedah secara lembut atau sopan untuk mendapatkan atau memberi pandangan kepada orang lain. Adab bercakap juga penting supaya perbincangan dikawal dengan akal waras.

*      Kawal diri. Jangan menegur atau memberi pandangan dalam keadaa marah. Pastikan kedua-dua pihak dalam keadaan bersedia ketika menegur. Jika salah seorang masih dalam keadaan marah atau tertekan, biarkan seketika sehingga kemarahannya kembali reda.

*      Jika anda mahu dihargai kerana sesuatu , cuba kawal perasaan dengan selalu beristighfar denga menyebut nama Allah. Jika hasil kerja anda memamg bagus, penghargaan itu akan dating sendiri.

*      Anda berasa anda lebih baik daripada orang lain? Fikirkan semula. Kalau kita rasa cantik, merasakan kita bagus, berjuta orang di dunia ini sebenarnya jauh lebih bagus daripada kita.

*      Belajar untuk mengurangkan bercakap mengenai diri sendiri atau apa yang anda lakukan. Beri peluang orang lain bercakap. Di dunia ini memang ramai yang pandai bercakap tetapi tidak ramai yang bijak mendengar. Jadilah orang dalam kumpulan kedua ini kerana ia secara tidak langsung akan mendidikan hati.

*      Jadi pemurah. Pepatah inggeris mengatakan ‘ jika anda tangkap banyak ikan, tempat terbaik untuk menyimpannya ialah dalam perut orang lain. Islam juga sangat mengglakkan kita bersedekah bukan saja dapat didik hati, malah dapat mengeratkan ukhuwah sesama insan.

*       Ringankan mulut untuk berterima kasih. Dua perkataan ini sangat ‘berkuasa’ dalam mendidik ego kita. Sentiasa bersyukur kepada Allah atas segala kurniaan  dan cabaran yang diberikan kepada kita. Berterima kasih kepada sesame manusia, walaupun kanak-kanak atas bantuan yang diberikan tidak kira sekecil mana pun.

Berbanding wanita, rasa ego lelaki memang tinggi lebih tinggi. Perselisihan boleh berpanjangan jika rasa ego ini dipupuk dan dibaja. Ada 6 cara mengatasi ego lelaki:
*      Dengar apa yang mereka katakan. Seorang lelaki gemar apabila wanita mahu mendengar apa yang mereka katakan. Ini kerana naluri sebagai pemimpin yang sebati dengan jiwa lelaki. Tetapi lelaki juga manusia biasa dan tidak semestinya setiap tindakan atau keputusan mereka tepat. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan apa yang dinyatakan, beri bantahan dengan cara yang lembut. Sekiranya dilakukan dengan cara yang kasar kemungkinan akan membuat lelaki turut bertindak keras untuk menjaga egonya.

*      Buat lelaki rasa bijak. Lelaki mementingkan kehormatan diri dan sekiraya anda rasakan pendapat yang diberi tidak masuk akal, pilih bahasa yang sebaiknya supaya dia tidak terasa hati. Akui dulu pendapatnya, kemudian katakan padanya idea itu akan lebih baik jika digabungkan dengan pandangan anda atau orang lain. Jangan terus menafikan atau menidakkan pendapat mereka kerana ia hanya akan memburukkan keadaan.

*      Buat lelaki berasa seperti jaguh. Tidak dapat menafikan setiap lelaki di dunia mengharapkan diri mereka menjadi hero kepada wanita. Jadikan dia sebagai penyelamat dan sekiranya anda mempunyai masalah namun pasangan tidak dapat membantu, jangan menyembunyikannya. Tanyakan pendapat pasangan atau teman lelaki walaupun anda tahu pandang si dia selalunya tidak banyak membantu.

*      Pujian. Hanya dengan pujian yang sederhana mampu untuk membantu mengurangkan ego seorang lelaki. Seperti wanita, lelaki juga sukakan pujian. Sekiranya dia sudah berusaha melakukan sesuatu untuk anda, berilah mereka sedikit pujian. Ini akan membuatkan dia merasakan anda begitu menghormatinya. Apabila nada menujukkan rasa hormat, tidak mustahil untuk dia juga menghormati anda.

*      Pastikan anda berasa dalam keadaan yang cantik. Keegoan lelaki akan menurun sekiranya melihat sesuatu yang cantik. Untuk panduan wanita, sekiranya anda dalam situasi perselisihan faham dengan pasangan, pastikan pada waktu perbincangan itu anda berada di dalam keadaan cantik. Ini kerana daripada segi psikologi, sekiranya anda berada di dalam keadaan yang tidak terurus atau sebagainya, ia akan menaikkan lagi kemarahan pasangan anda. Berhiaslah secantik mungkin untuk tatapan suami anda.

*      Buat lelaki merasakan tindakan yang dilakukan betul. Sememangnya agak sukar untuk mengurangkan ego seorang lelaki. Anda perlu bijak untuk membuat si dia merasakan dirinya betul walaupun sebenarnya salah. Gunakan kreativiti anda untuk melakukannya. Cuba elakkan daripada memberi bantahan secara terus terang-terangan menunjukkan mereka salah. Cuba berikan penjelasan secara kiasan bahasa sopan supaya si dia tidak sedar anda membantah apa yang dinyatakanya. Biarlah sendiri yang memikirkanya.

No comments:

Post a Comment