Sunday, 16 December 2012

Didik Hati Merendah Diri


Didik Hati Merendah Diri
Setiap orang mempunyai ego dan ia penting untuk mengenali diri serta potensi sebenar bagi member keyakinan apabila berhadapan dengan sesuatu perkara.
    Namun, perasaan ego harus dibatasi dengan fikiran waras bagi mengelakkan timbulnya masalah besar yang membelenggu kehidupan diri sendiri mahupun keluarga.
     Ini kerana akal mamapu menundukkan perasaan ego malah ia juga boleh dikawal sebaik mungkin untuk digunakan dalam pelbagai perkara yang dapat member kebaikan kepada kehidupan.
     Menurut ketua Pegawai Eksekutif AL Advancement of Human Potential Sdn Bhd, Marzuki Mohamed, sebaiknya memahami situasi yang dialami berdasarkan sudut atau pengalaman dimiliki membantu mengawal ego daripada disalahgunakan ke jalan yang salah.
    “Pengalaman diri  sendiri dapat memberi perspektif berbeza dan keputusan yang dibuat berdasarkan akal itu tidak bererti salah.
     “Disebabkan itu, pengalaman yang ditimba harus digunakan sebaik mungkin bagi mengelakkan pergaduhan, pertengkaran atau saling salah menyalahi.
    “Apabila kita mempunyai banyak pengalaman, pastinya corak pemikiran dan lontaran idea berbeza daripada orang lain namun tidak bermakna pandangan pihak lain itu salah,” katanya mengenai cara mengatasi ego.
    Pengalaman yang ditimba boleh membantu seseorang berfikir secara lebih rasional khususnya dalam hal yang membabitkan perhubungan.
     Pun begitu, kita tidak boleh menolak hakikat bahawa setiap orang mempunyai pandangan tersendiri dalam satu-satu hal dan di sinilah kita perlu melapangkan dada dan fikiran menimbangkan semua pendapat; kerana tanpa sedar mungkin ada yang lebih bernas daripada pemikiran kita.
   “Ramai beranggapan perasaan ego itu disebabkan jawatan atau pendidikan tinggi tetapi sebenarnya semua manusia tidak kira lelaki mahupun wanita memilikinya. Perbezaaannya kebolehan seseorang itu mengawal perasaan ini.
    “jangan kerana ego, kita bertelagah kerana semua pihak mahu menegakkan pendapat masing-masing. Perkara ini hanya akan merugikan kita kerana tanpa kata sepakat, kita tidak akan menemui penyelesaian satu-satu masalah,” ujarnya.
Marzuki berkata, ego boleh terjadi dalam dua keadaan iaitu:
i.             Tidak mahu menerima tunjk ajar daripada orang lain kerana merasakan dirinya lebih baik.
ii.           Apabila ada yang memberi tunjuk ajar tetapi tetap tidak mahu menerima teguran walaupun tahu sudah melakukan kesilapan dan orang seperti ini dianggap ‘bodoh sombong’.
Sama juga di dalam rumah tangga, suami yang menjadi ketua dalam keluarga yang mahu menerima teguran isteri atau anak walaupun untuk kebaikan bersama.
“Di sini penting untuk setiap orang belajar teknik berfikir yang betul supaya tidak bertindak mengikut perasaan tanpa memikirkan kesan yang akan diterima kepada diri sendiri dan orang lain.
“sepatutnya Tanya pada diri sendiri apakah hasil atau kesan yang diperoleh terhadap tindakan yang dilakukan. Mendekati mereka yang mempunyai ego tinggi ini perlu mengikut cara sesuai.
“jamgan sekali-kali menggunakan kata-kata yang kasar atau bercakap dengan tidak sopan apatah lagi melakukan perbuatan buruk disebabkan perasaan tidak puas hati,” nasihatnya.
Jelasnya, cuba dekati mereka dengan carabaik atau lemah lembut dan menerima hakikat kedua-dua pihak adalah benar atau salah.
Sebelum mengambil sebarang tindakan, fikirkan mengenai hubungan yang sudah terjalin tidak kira ia berlaku antara suami dan isteri, anak, ibu bapa, majikan atau pekerja.
Selain itu, perasaan atau pandangan perlu diteliti sebaik mungkin sebelum dilontarkan bagi mengelakkan hubungan tergugat.
Tegasnya, masalah berkaitan perasaan ego tidak akan timbul jika seseorang itu menghormati antara satu sama lain tanpa mengira masa, keadaan dan kedudukan.
Walaupun peranan ego penting namun ia harus dikawal atau ditundukkan dengan kewarasan akal fikiran supaya kita sedar kesan buruk yang aka dihadapi.

Metro 16/12/2012

No comments:

Post a Comment